...

Khamis, 12 November 2015

DOA



TAKRIF DOA.

Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi menyelesaikan segala
masalah rohani dan jasmani , dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau saudara-mara
sahabat handai dan seterusnya untuk kaum Muslimin dan Muslimat.

Doa Termakbul 

1) Dikabulkan secara langsung apa yang yang kita minta
2) Dihindari kita daripada sesuatu bahaya atau bencana.
3) Ditanggunkan ke suatu masa yang lain misalnya di hari akirat yang mana akan diberikan pahala








dengan permintaan itu.

Berdoa dengan suara yang kuat menghilangkan kekhusyukan dan mungkin menjurus kepada ria dan pengaruh-pengaruh lainnya dan dapat mengakibatkan doa itu tidak dikabulkan Allah. Tidak perlulah doa itu dengan suara yang keras, sebab Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

KONSEP DOA DALAM ISLAM.

DOA ialah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah s.w.t dengan memohon secara langsung kepada-Nya. Setiap individu ada mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai ragam hidup, yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan lain-lain. Justeru mereka berdoa kepada Allah s.w.t memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat mereka terkabul.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan